Friday, May 21, 2010

10 PERANGKAP SYAITAN

ALLAH berfirman yang bermaksud : Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ( An-Nisa: 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.
Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah, apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut.
Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia.
Mereka akan berusaha sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1) Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia.
Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2) Kedua, melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang haq.
Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3) Ketiga, melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini.
Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa sahaja.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. ( An-Nahl:23)
4) Sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi segala bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5) Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6) Melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7) Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.
Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dimilikinya. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. (Riwayat Muslim).
Kelapan, melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja. (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9) Melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10) Kesepuluh, melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik terlebih dulu amat dicela oleh Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (Riwayat Muslim)
Dari blog ARTIKEL HANGAT

Wednesday, May 19, 2010

ADAM DAN MAYA


Ini cerita bukan pasal adammaya yang tengah hot kat tv3 tu.....
Tapi ni cerita tentang member aku cerita tentang adam dan maya...
Adam memang nama orang tp maya bukan nama orang... Maya lebih kepada ilusi...
Cerita dia macam ni Adam ni seorang yang kretif enovatif dan berpositif dia orang yang rajin dan berdikari .....
Pada 16 aribulan mei bersamaan dengan hari ahad pagi2 lagi Adam dah keluar untuk buat kerja part time nya ambik upah mesin rumput dia bersama adik ipar pi ke kampung Amir untuk buat kerja yang di suruh oleh Amir.. mesin rumput kat kat kawasan rumah amir...jadi mesin rumput lah dia bersama adik iparnya sambil hati dok mengira berapa amir nak bagi upah.. dalam pukul 3.07 minit macam tu hampir separuh dia dah settle membersihkan kawasan rumah Amir sampai lah di satu kawsan yang lalangnya memarasi dada...Dia pun mesin la kawsan lalang tu tiba2 dia merasa ada orang mencakar kepala dia dan seluruh badan... mulut dah jadi herot muka dah gatai2 persaan takut dah makin menjadi jadi dalam diri adam pandangan jadi kelam mata jadi kabur tp mulut tak keluaq buih lagi....bila sedar ja tok Amir dah bg adam makan garam ngan sapu garam seluruh badan rupa2 Adam dah pengsan tadi.... Semangat Adam dah semakin lemah perasaan takut makin menyelubungi dalam diri..mintak la dia dekat tok amir nak tumpang tidoq jap kat dalam rumah dalam masa dia dok rest tu persaan takut makin menjadi jadi...memang tak boleh jadi ni mesti kena balik ni berkata dia dalam hati..terus tak cakap banyak dia terus blah dari rumah amir pi ke rumah tok dia kat erea situ gak dalam perjalanan masih ingat lagi peristiwa td ahhh ahhh sekali lagi bila sedar ja dah duduk atas pangku tok dia... macam mana keadaan ni boleh jadi?
Mengikut kata tok bomoh jiran sebelah rumah Adam... dia kata saja dia nak melawak ja tu aku pun tak paham apa maksud saja dia nak melawak tu....
Tapi mengikut pakar saikologi patologi seksologi mengatakan kemungkin Adam mengalami tekanan darah tinggi hingga menyebabkan keadaan ini berlaku....Wallahualam..
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)
Cerita ini di ceritakan sendiri oleh Adam kepada aku...

Thursday, May 13, 2010

NIKMATNYA SYURGA ALLAH.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut:64, “Dan tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan hanya gurau senda dan permainan. Dan Sesungguhnya akhirat itu adalah kehidupan yang sesungguhnya, seandainya mereka mengetahui”. Apa yang nyata kehidupan dunia disebut sebagai permainan dan gurau senda, sedang kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki. Mengapa?Pertama, umur manusia di bumi sangat singkat dibandingkan masa yang mesti dijalani kelak di akhirat. Hingga orang kafir ketika ditanya mengenai kehidupan dunia, mereka berasa hanya sekejap saja, sehari atau kurang dari itu.Kedua, sifat kehidupan di dunia hanyalah untuk mengumpulkan bekal, bukan untuk bersenang-senang.Ketiga, nilai kenikmatan atau seksaan di dunia sangat kecil dibandingkan dengan nilai kenikmatan atau seksaan di akhirat. Bahkan kenikmatan dunia adalah kenikmatan terakhir yang akan dinikmati orang kafir, sedang bagi orang beriman, kenikmatan dunia tidak bererti dibandingkan kenikmatan abadi kelak di syurga.Di dunia ini, manusia tidak boleh menemukan kenikmatan sempurna, sebab nikmat dunia itu sifatnya terbatas. Selain itu, manusia juga dihambat oleh halangan yang ada dalam diri mereka sendiri.Halangan apakah itu? Ia halangan kebosanan. Di sebalik setiap kenikmatan selalu ada risiko kebosanan, kecuali ketenangan jiwa.Lalu adakah harapan kehidupan yang bebas dari segala risiko kebosanan? Jawabnya tegas iaitu, ada! Lalu nikmat apa itu? Ia adalah kenikmatan syurga yang disediakan bagi orang beriman dan soleh. Di Syurga, manusia akan menjumpai kesempurnaan, tidak ada kelemahan, tidak ada rasa bosan.Ini dalam dijelaskan dengan Surah Fatir:34-35, yang bermaksud”“Dan mereka (para penghuni syurga Adn) berkata : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri . (Dia) yang dengan anugerah-Nya telah menempatkan kami di tempat yang kekal (syurga) di dalamnya kami tiada merasa letih, di dalamnya kami tiada pula merasa lesu.”Manakala (Riwayat Muslim) bermaksud: Rasulullah saw bersabda,” Orang yang masuk syurga sentiasa kenikmatan, tanpa kesedihan, pakaiannya tidak pernah kusut, tetap muda (tidak berubah menjadi tua),”.

MABUK



Mabuk ada macam2 mabuk ni nak cerita sikit..

1.Mabuk arak, judi dan dadah.....mintak simpang sebab benda ni semua haram di sisi agama mintak di jauhi dari semua mabuk ni.

2.Mabuk cerut...... ha ni ada cerita tentang mabuk cerut terjadi pada aku 1995 aku berjumpa dengan seorang penagih cerut tegar jd masa tu aku baru bermula nak belajar isap rokok dia tanya aku isap rokok dak...jadi aku jawab dak dia kata kat aku tak yah tipu la dia tau aku isap rokok dia kata rokok tak best dia suruh aku try cerut dalam keadan kontrol macho pak cik tu suruh aku isap cerut dia walaupun gigi dua batang tak dak sampai nampak anak rongkong .. jadi aku pun tak kurang jugak kontrol malu dan macho terus capai kotok cerut dia cap ikan mas dua ekoq.. sekali aku kena macam mana aku isap rokok dua kali sedut ja mata jadi pinau depan dah jadi gelap rasa macam nak pengsan....jd pada sapa yg tak pernah isap cerut jng cuba sebab dua kali sedutan membawa mabuk.

3.Mabuk pinang.......... ha ni pun ada cerita jugak... aku dok ngan tok aku dulu jd tok aku ni pemakan pinang ngan sirih jadi satu hari tu niat hati aku nak cuba makan jugak mana tau kot pinang ni rasa macam buah epal ka buah lai ka...hahaha aku pun ambik kacip ngan pinang sebelum tu buah pinang tu aku lambung2 dulu pasai kawan aku kata pinang akan jd sedap lepas di lambung2 hahaha lepas siap kacip apa lg aku terus la belasah apa terjadi lepas tu aku rasa satu macam telinga rasa mcam terbakar ja mata jd berayaq pening memusing musing tp nasib baik tok aku ada rupa rupanya dia ada cara untuk menghilang mabuk pinang ni dia suruh aku makan asam jawa alhamdulilah hilang rasa mabuk....jadi pada sapa2 yg tak pernah makan pinang kalau nak makan sediakan asam jawa sebelum makan pinang.

4. Mabuk kulat..........ha ni tak terjadi pada aku tp terjadi dekat kawan aku....cerita dia macam ni dia ada terjumpa sekuntum kulat tahun yg dia jumpa masa on the way nak pi kedai Mat Koleh dekat kwasan pdang sebelah rumah dia... dia pun ada dengaq cerita orang tua2 kalau jumpa kulat tahun terus makan mentah2.. dia pun rasa hari tu hari bertuah untuk dia sebab dia jumpa kulat tu sebelum orang lain jumpa baik dia sapu dulu... terus dia pelahap kulat tu lebih kurang 3.04 saat ja terus dia mutah2 dan pengsan mujoq mak dia nampak dia dah pengsan tengah padang tu...terus bawak dia p hospital 3 hari 4 malam la dia di icu hospital besar Aloq staq..alhamdulilah dia selamat...tp selepas di buat post mortem oleh Jkkk kampung pak ngah Ad rupa2 dia bukan makan kulat tahun tapi jeng jeng jeng kulat taik lembu...hahaa aku tak tau sama ada kulat tu yg beracun atau pun taik lembu yg beracun...jd hati sapa2 yg jumpa kulat tahun dalam masa 3.04 saat ja anda akan jd penghuni icu..

5.Mabuk laut.....mabuk laut aku tak pernah kena jd tak tau macan mana nak cerita....

6.Mabuk bas... dulu kecik2 ada kena siap bawak plastik spare masa naik bas untuk buang kumbahan dari mulut hahaha....pesan aku pada orang yg mabuk bas spare plastik masa nak naik bas dan jgn makan banyak masa nak naik bas..

7. Mabuk kuasa....ha dekat kilang aku mungkin ada kot dua tiga orang...pesan aku dekat org gila kuasa alang2 nak gila kuasa biar la ada kuasa mcm superman ka ironman ka ultraman ka boleh gak tolong tangkap orang jahat...hahaha

8. Mabuk cinta.........pada orang tengah bercinta pasti tau macam mana mabuk cinta.. kalau dah mabuk tu salah pun betoi...macam orang kata kentut pun wangi..jadi pesan aku pada orang yg mabuk cintan cinton ni jngan kepala kena marton sudah hahaha.

jadi pada siapa2 yg ada niat nak mabuk fikir2 kan lah niat anda untuk mabuk.....

Monday, May 10, 2010

SENYUM SEKETIKA.




tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setiap masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik gerek dia nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way dia nak p masjid tu, lalu ler dia kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai baju ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu. Tok Imam: budak, mai sini sat. Budak: ye tok imam, naper ni? Tok Imam: hang ni tak pakai baju psai apa? Budak: pak tak bg. Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budaktu tadi. Tok imam: hang p bag kat pak ni 10 ringgit, suruh p beli baju. budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil pak dia dan mencerita segalanyer. Pak budak tu pun td merasa terharu. Dia pun berfikir lah... kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai baju sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td Tok imam: awat tak pakai baju? budak pompuan: pak tak bagi. Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat pak hang sruh beli baju. ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat pak dia.... pak dia berfikirlah lagi..."klo budakkecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak pak budak tu tak pakai baju sedang berlari kat depan umah. tok imam aper lagi.... gelang ngan terhangguk terus.dia pun panggil la pak budak itu. Tok imam: awat hang tak pakai baju? pak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit... Tok Imam: nah! amik dua kupang ni, p beli gillete(Mate pencukur),cukuq bulu ketiak tu dah terjuloq keluaq dah tu.... hahahhahhahahhahha............. lepas tu...pak budak tu pun blah malu..




Maaf ansur penceritaan ada ansur2 kurang menyenangkan sekadar berhibur..


Sunday, May 9, 2010

KAMPUNG KU..



Tiada kata dapat di huraikan'

Tiada perkataan dapat di tafsirkan'

Hanya bersyukur pada mu ya Tuhan'

Pemandangan ini anugerah mu Tuhan'

Aku mensyukuri nikmat mu Tuhan.

inilah kampung aku kampung Pokok Tai ....Tiada waktu yg terindah melainkan kenanganku sewaktu di kampung...Gambar ini menceritakan suatu ketika waktu...

Saturday, May 8, 2010

TAK PERNAH CUKUP...........


Takkan pernah cukup waktuTakkan pernah cukup perhatianTakkan pernah cukup biayaTakkan pernah cukup cintaBahkan takkan pernah bisaTakkan pernah bisaSegala yang kita lakukanTuk membayar pengorbanan IBUHanya doa yang bisa kuaturkanUntukmu IBU..
Cantailah IBU anda selagi dia ada......
SELAMAT HARI IBU...

Friday, May 7, 2010

KATAK.

Beruntung dan berbahagialah sang katak yang melompat-lompat kekenyangan dari sehelai daun keladi ke daun keladi yang lain sambil menyanyi dan bersiul gembira dalam duka." apa aku peduli orang nak kata apa...asal perut ku kenyang dengan wang berjuta-juta dan kini aku popular....namaku meniti disetiap bibir orang di mana-mana" ngomel sang katak sendirian." orang bukan tahu masalah aku?....dulu aku nak itu tak bagi, nak ini pun tak dapat.....baik aku lompat pi kat daung lain pulak, kot-kot ade benda yang aku cari di sana, lagipun kat sana nampak macam best jer"....rungut sang katak lagi."kalau orang tanya pasai apa aku lompat pi ke daun lain.....aku boleh jawab dengan macam-macam alasan yang aku rasa ok, walaupun sebenarnya tak ok"....keluh sang katak lagi."pedulilah ape orang nak kata...peluang datang sekali jer! kalau aku tak lompat nanti orang lain pulak yang lompat, melepas peluang aku nak gelamor" bisik hati kecil sang katak."kat sini pun orang dah tak suka, orang dah benci, orang dah meluat, orang ah tak percaya aku lagi, aku macam tak wujud je pada depa, biaq la aku berkelana dan melompat mebawa diri" rungut sang katak lagi.

Thursday, May 6, 2010

LAGI,LAGI, DAN LAGI TERGURIS.


Hati ini terguris lagi,


Hati ini kecewa lagi,


Diri ini bersedih lagi,


Diri ini terluka lagi,


Rindu ini terasa lagi,


Rindu ini berbunga lagi,


Mungkin kita tak bersama lagi,


Mungkin kita tiada rindu lagi,


Tiadakah rindu lagi?


Tiadakah sayang lagi?


Nukilan ni untuk orang yang terguris.

last ni nak pantun ni...


kayuh gerek tua pagi pagi

berapa banyak lagi?






JIN,SYAITAN,MANUSIA DAN MELAYU

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.3. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu.5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca"Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomohyang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. InsyaAllah selagi kita beriman kepada Allah kita akan di lindungi dari jin dan syaitan...

Wednesday, May 5, 2010

MAMPUKAH KITA?










Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim
Mampukah kita menuju ke syurga Allah?

KETENANGAN YANG ABADI.



'Di kala senja mula berlabuh, tirai siang di tutup kegelapan'

'adakah kanak kanak masih berlari?

'ku sangka tidak sebodoh katak memanggil hujan'

'apabila hujan turun hanya membasahi diri'

'hanya kesejukan menghampiri'

'adakah kau juga sedemikian?

'aku harap tidak tidak tidak!!!!

'kerana di sana masih menanti'

'ya menanti....

'Menanti dengan seribu ketenangan yang abadi.



Hasil nukilan bersama arwah Abdullah Omar atau abg Roni seorang sahabat dan abg yang baik.

AL-FATIHAH untuk arwah..




Tuesday, May 4, 2010

DI MANA SILAPNYA???




-Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra2 mereka atau putra2 suami mereka atau saudara2 lelaki mereka atau putra2 saudara2 lelaki mereka atau putra2 saudara perempuan mereka atau perempuan(sesama islam)mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki2(tua) yang tidak mempunyai keinginan atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH wahai orang2 beriman agar kamu beruntung-(An-nur:ayat 31) DI MANA SILAPNYA KITA YANG BERNAMA MANUSIA?