Sunday, November 14, 2010

ADAKAH RASA......


Masihkah ada ruang untuk aku pd mu walau seringkali kita bertemu tetapi lirikan mata mu bisa membuat aku jd keliru.....perasaan tak boleh di tipu hati yg bergelora ini siapa yg tahu mungkinkah ada waktu aku bersamamu.... apa guna memuja bulan kalau tiada matahari....mungkinkah ini yg di katakan............................................................................................................................................................




Awang..... awang ohhh awang apa lg tu tak bangkit tidoq lg ni dah pukul berapa ni mengaji segan nak pi reja pun baloq jugak ehhhhhhhhhhh budak ni aku peluku sabit haaaaaaaaaa.....bingit suara tok aku menjerit ehh org tua ni baru ja aku nak berangan nak bercinta dng awek dari kampung joget yg mai tlg pak saudara dia meniaga kat warung kg aku... ahhhhhhhhhhhhhh bangkit ni cek bangkit ni pantas aku jwb.........


pagi ni sungguh indah dengan matahari cerah dng cahaya kemerahan memancar..... jam dah uhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah lewat sat gi nak minum pg lg kalau pi lewat mesti kena hantam dng taukey leong bos tempat aku kerja....


terus aku lompat anak tangga mencari sesuatu kat tiang bawah rumah....fuhhhh ada pun cinta aku ni jom kita dah lewat hang jng dok buat perangai sepoket tak mkn pulak... terus aku mengayuh gerek racing aku cinta aku la tu.....

sampai ja kat warung aku terus cek dalam poket ada berapa duit............ adoiiiiii ada 3 kupang ja minum kopi o pun tak boleh ni.....dng rasa hampa aku aku blah dari warung tu dalam hati dok pikiaq pasai pa la aku dok kalut sangat pg nak mai tak sempat nak mintak duit kat tok... melepas la lg hari ni nak tengok senyuman ida budak kg joget tu....namunnnnnnnnnnn....


sempat jugak aku jeling dekat dia dan satu benda yg paling terindah pg itu aku dapat rasakan bila.........................................dia juga melemparkan senyuman yg manis pd aku mungkin ini yg dikatakan kuc kuc hota heyyy.....tu dia aihhhhhhhhhhh terbayang aku pd wajah juhi caula awek filem hindi.....


mungkinkah dia juga merasai apa yg aku rasa.....aku dapat rasakan sesuatu perubahan pd diri dalam meniti usia remaja.... InsyaAllah kalau ada ruang aku akan sambung apa terjadi antara aku dng ida...


SESUATU TAKKAN HADIR KALAU TAK DI CARI DAN SESUATU TAKKAN DAPAT KALAU TAK DI BERI.... berjumpa di episod akan datang....

Sunday, October 31, 2010

NAMPAK MEMANG NAMPAK.....


Tersebut lah kisah di suatu ketika cerita bermula BEGINI........................


Aku ni seorang yg periang dan happy selalu dan kadang2 memang gila... tambah2 waktu kat kilang memang aku suka nyakat orang2 dekat kilang tak kira tua ka muda ka semua aku bantai....

Aku ni suka buat sesuatu dan bila aku buat gaya mereng aku tu aku akan berkata "ha nampak nampak nampak" dan gaya ini telah menjadi ikutan member aku yang sorang ni... dia ni pun suka jugak nyakat aku....


satu pagi waktu semua orang berpusupusu nak masuk kerja aku berjumpa la member aku ni apa lagi dia terus nayakat aku.... sambil jalan kengkang dia terus kata kat aku "ha nampak nampak nampak" kah kah kah kah kah aku terus gelak bukan sebab lawak dia jalan kenkang tu tapi......



nampak memang nampak tp kaler jingga kah kah kah kah aku gelak lagi.... baru dia sedar yg zip seluar dia tak terzip seluar superman kaler jingga kah kah kah....

Wednesday, October 27, 2010

SETAKAT TERMAMPU.....


Petang yg damai ini aku masih mencari cari mana hashim lenggang dengan mat koleh...
ehhh mana depa pi nii...dah la malam kami dah pakat ada sesuatu misi ni.. kurang2 boleh tengok gaban ka ultraman ka malam ni...

hehhh mana depa ni... ahhhh tak jadi ka nihhh.... nak tengok apa nak jadi malam ni dengaq kata ada acara yang hebat di rumah mak biah malam ni...

awangggg dari jauh suara mat koleh panggil aku... ha ada pun pi mana tadi jadi dak malam ni? terus aku lontar soalan... ehhh jadi la tp kalau hashim lenggang tak dak aku tak berani la jugak.... ha tu mana hashim lenggang aku bertanya... tak tau la mana dia pi. ...


ha tu pun dia weh mana hang pi ni lama kami dok tunggu tang ni jadi ka tak jadi malam ni? terus mat koleh tanya hashim lenggang.....uihhhh jadi la mana boleh tak jadi dengaq kata malam ni dia nak buat sampai boleh sampai lari habih semua hebat nihh rugi kalau tak join walaupun depa tak jemput kita....


dengar kata aura dia ni memang tersohor dari jauh nu dia mai......hashim lenggang bersuara lagi...


malam tu tepat pukul 9.25 minit malam kami dah terpancul depan rumah mak biah.... haaaa elok2 hampa mai lagi pun takdak sapa lg dah malam ni aku tumpang berani dengan hampa ja malam ni rungut pak leh pada kami pak leh ni laki mak biah...


tanpa lengah kami pun masuk rumah mak biah... huihh dah ada dah orang tua ni siap lilit kepala dengan kain kuning.... uih mesti best ni malam ni....mai naik apa pak long mai naik kapal terbang ka? terpacul soalan dari mulut mat koleh... orang tua tu tanpa sepatah kata hanya menjeling dengan bengis pada kami...dah aihhh tadi aku pi ambik dekat pala titi nu...sahut pak leh..oooooo serentak kami menyahut...Tiba2!!!!!!!!!!!


ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh jangan ganggu aku... aku tak suka orang ganggu aku.....aku tak kacau hampa hampa jangan kacau aku..... suara mak biah sedikit garau....ahhhh dia buat dah mak biah ni..aku merungut kat kwn2 aku nihhh aku dah cerin dah dah ni mat koleh berbisik pada aku...hang cerin aku meremang dah nihh..


boleh kita mula??? dengan suara macho sombong bongkak....ehhh kerek sungguh orang tua nih kata aku pada hashim lenggang...tak pa tak pa kita tengok ja.. pak leh hanya mengangguk melihat orang tua tu...


asap kemeyan dah penuh dalam rumah mak biah dengan di susuli kreng kong kreng mai long peng prang ceh prut jampi dari orang tua tuuu.... aku tak tau bahasa apa dia guna....


ahhhh jangan mak biah jangan mak biah saya tak salah pasai apa cekik saya mat koleh menjerit... tolong aku awang tolong pak leh mak biah ni nak bunuh saya nii... sambil melepaskan gas kumbahan dari saluran yang betul pretttt pretttt prett... tu la mat koleh yang aku kenali bila dia dalam keadan tertekan...budak ni lah selalu aku tengok lalu depan rumah aku dia nak kacau aku..nyaring suara mak biah........


dalam hati aku pasai apa orang tua yang kata hebat auranya ni tak bawak keluar lagi aura dia tiba2 macam tau saja apa yang ada dalam hati aku orang tua berdiri wehhh jangan ganggu budak tu aku tau asal asul hang aku tau mana hang mai dengan mata yang merah orang tua jerkah... suasana sepi seketika....mak biah melepaskan cengkaman dari tengkuk mat kolehh.... prammmmmmmmm orang tua tu lilit kepala kuning tu jatuh pengsan.......hahhh pulak dahh apa pulak nak jadi nii hashim lenggang sedikit kecut...


ma ciplok rondai ong li bok nai nu.... pai don dam paya mak inson niii.. pulak dahhh bahasa apa pulak ni orang ni cakap sambil jari dok tunjuk kat aku ni....adoii bahaya ni keadan kritikal dah ni...

prammmmmmmmmm lagi sekali orang tua tu jatuh kali lama sikit lebih kurang 5 minit baru dia sedar.......tapi ada satu aura aroma yang kurang menyenangkan dari dalam ruamha mak biah... wehhhhh apa ni mat koleh hang ni la adoii takkan sampai mcm tu kot suara hashim lenggang sedikit kuat... dak bukan aku la orang lain kot awang apa? mat koleh jawab dengan sedikit takut...uihh bukan aku la weh jawab aku...


fuhhhh macam ni lah leh aku dah tak boleh buat apa lagi dah ni setakat ni saja aku termampu orang tua lilit kepala kuning tu cakap kat pak leh.....tak pa la haji brahim kalau tak boleh tolong nak buat macam mana kan suara pak leh sedikit hampa... ni leh hang tak yah hantaq aku la aku balik sendiri malam ni.....tp jauh ni haji brahim...tak pa aku balik sendiri la... mereka pun bersalam sambil dalam tapak tangan pak leh ada satu sampul surat di beri pada orang tua tu mungkin duit kot...


tapi kenapa orang tua tu tak bersalam dengan kami ni persoalan yang bermain dalam fikiran kami bertiga bongkakkah sombongkah dia... rupa rupa memang ada rahsia kenapa dia tak bersalam dengan kami...mengikut pakar dalam hal ni mat koleh lah yang arif...


tadi masa dia bangun aku nampak satu benda kuning meleleh dekat kain dia la mat koleh berkata.... betoi ka tanya aku pada mat koleh... betoii la tu pak leh bersuara dia yang terberak dalam seluar masa dia menurun tadi masa salam tadi aku dah perasan sebab tu dia nak balik sendiri kot... hadoiiii apa punya bomoh la ni...ni la dikatakan aura tu kot no aura tercirit dalam kain aroma dia cukup hebat hashim lenggang bersuara sambil sahutan ketawa dari kami semua.. habis macam mana mak biah pak leh aku bertanya...tak pa esok aku nak bawak pi jumpa...........



mengikut doktor pakar mak biah bukan di rasuk oleh hantu atau jembalang tapi dia terkena sejenis penyakit selepas kematian anak yang ke sebelas semasa bersalin banyakkan berdoa banyakkan ibadat insyaAllah akan sembuh dalam masa singkat ni penyakit ni di beri nama Meroyan....

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, October 25, 2010

UJI RASHID


awangggggggggg awangggggggggg dok buat apa tu kat bawah para tu dok selongkaq apa?? nyaring suara tok aku memanggil aku,,,, dak aihh cek dok cari kaboi nak buat radio nihhh... sahut aku..

nih tolong pi cari kayu api nak bakaq ikan mata uji rashid ni... sekali lagi suara tok sedikit menyinga..hadoiii baru ja nak dapat sekoq org tua nih dah dok kalut dok suruh aku...

ikan apa tok??? aku bertanya....ikan mata uji rashid la.... hadoii pulakk dah ada jugak ikan nama mcm ni rasa nak gelak pun ada tp dalam hati la takut kena jerkah lg....


dalam keresahan nak tangkap kaboi untuk buat radio aku pi jugak cari kayu kat sebelah rumah.......nak cari kayu nak cari kayu nak cari kayu...tiba tiba.....


apa pulak ni hadoiii lepas satu satu nihh...


mcm2 hadoiiii dia buat pulak org tua ni dari jauh aku dengar suara tok aku panggil aku.....awangggg ooooo awang...sat sat dok cari kayu ni aku menyahut....

nih cari kayu lebih sikit gas dah habis nihh.....oraiiiiit tok terus aku menyahut...
dalam kepayahan aku mencari lebih sikit kayu api tp dalam hati sedikit marah sebab masa untuk main radio kaboi tersekat....

ok siap tokk line clearr nih bnyak ni kayu nihh kata aku kat tok... tok hanya tersenyum nengok aku....ni la cucu tok tengok tengok ha nampak nampak banyak nih boleh buat rumah sebijik nihh kayu nihh... aku berkata sedikit perli...

ha tok mana dia ikan mata uji rashid tu cek nak tengok ...kata aku kat tok... haaa elok2 dah nak tengok ambik semanggang nih pelekat api lepas tu bakaq teruih boleh aku nak masak nasik... hadoiii kena lg...


uih mata besaq sungguh ikan ni sabit tu la orang panggil ikan mata uji rashid....terkejut aku tengok ikan mata besaq ni...ahhh ahhh ikan ni ngusik aku nihh mlm ni comfirm tak leh tidoq nihh...mata terbeliaq semacam ja nihh..

tok oooo tok ikan nih ngusik cek ni... tak berani la cek nak bakaq ikan nih...ehhhhhhhhhhh hang ni lahhhhhh...

MEMANG MENGUJI BETUL IKAN MATA UJI RASHID NI...

Tuesday, October 5, 2010

SALAHKAH AKU?


Hari ini aku cukup gembira

tepat jam 5.30 ptg tak kurang seminit pun aku dah kluaq dari tempat kerja hati cukup gembira
sambil menyanyi jom balikka jom balikka jom balik... dalam hati dah ada plan nak buat kejutan tuk bini yg tercinta cehhhhh wahhhh....

dalam kereta aku pasang lagu tamil tajuk dia Rozana kuat2... rozana padum padum ke nidaaaaaa.... lebih kurang mcm tu lah lirik dia langsung aku tak paham apa maksud dia tapi aku suka muzik dia....


sampai saja kat tmn aku tingal zappppppppp aku masuk kanan terus aku berhenti kereta aku kat depan kedai pak cik tuuu.... tecengang org tua tu kat aku dia tnya aku pasai pa kalut2 aku hnya tersenyum manja hahahaha...

pak cik ni saya beli dengan harga banyk duit pak cik tu senyum kat ya saya jual kata pak cik tu....ahhhhhhhhh dah lewat ni takut takdan nak buat kejutan kat bini nihhhhhhh...tanpa lengah aku terus ja blah dari kedai pak cik tu...

sampai rumah tak lengah dah terus pi dapoqq.......siapkan semua brng2 yg aku beli td cehh wah jd chef la aku hari ni....

terus prepair semua benda dah ada panaskan minyak oraiiiit minyak dah panas aku terus masukkan benda yg aku prepair td.... siauwwwwwwwwww ja bunyi dia ahhh bau harum nihhhh air liur sedikit meleleh....

mesti bini syg kat aku nihhh dalam hati dok hingat.... ayg syg abg... abg syg ayg....
tiba2....... hadoiiiiiiiiii apa dah jd nih.... lunyai dalam belanga dah jd apa nih.....

pisang dah jd bubur hadoiiii tu la tak tau tak mau tnya pisang dah jd bubur nak buat mcm mana..ehhhh mcm pantun pulak.... adoooooiii sedih2....

mlm ja aku terus telipon kat mak aku... anak manja la nak katakan... aku terus cerita kat dia apa jd ptg td.... bila aku ckp ja dia terus gelak kahkahkahkah adoiiii patah semagat lg ingat nak dapat semagat...

nih cek mak nak habaq nihhh mana ada org nak buat cucuq pisang pakai pisang mas kalau nak buat org buat pisang awak ka pisang nangka ja....pisang mas org buat cucuq kodok ja... ranap hati patah jiwa aku...

nasib baik dan cover bini takdan tengok.... kalau tidak lg la patah hati...

selalu org kata jng sampai nasi jd bubur... tp bg aku kalau syg bini jng sampai pisang jd bubur...

Saturday, October 2, 2010

Paderi Dan Kunci Syurga


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ”

Si pemuda tersenyum Dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
“Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ”

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Posted @ www.isuhangat.net. Artikel ini di ambil dari nota FB page Al-hikmah

Friday, October 1, 2010

SALAH KAH DIA?


Ermmm kenapa aku terasa tersentuh hati pada saat ini...mungkin di sebabkan satu telipon dari mat koleh bisa menggegar rasa hati ini...
awang hang tau dak gi tnya mat koleh pda aku? tau apa ni jwb aku....

mat koleh mencerita pada aku dengan penuh perasan..... aku tau mat koleh kalau dia cerita apa2 yg bisa membuat dia panik dia akan cerita dalam keadaan yg gelabah dan terkentut kentut itu lah mat koleh yg aku kenali walau pun beza umur kami berbeza bnyk tahun namun aku kenali mat koleh lebih dari saudara aku sendiri.. tp ini bukan ceritanya yg membuat aku tersentuh.....

hang tau dak deraman janggut dia dah buat onar kat kg kita.....dia buat apa tnya aku pd mat koleh...

ahhhhh susah nak cerita nih... dan aku dapat rasakan siapa yg ada kat sebelah mat koleh pasti akan lari....aku dengar bunyi yg sangat kuat prepppppppppppppppppp pet pet pet.... itulah sifat mat koleh kalau dalm keadaan tertekan...

apa yg dia buat nih tnya aku kat mat koleh dia curi kambing pak ngah ad ka? pak ngah ad ketua kg yg membela bayk kambing kat kg aku...

dak aihhhh bukan dia curi kambing sergah mat koleh pd aku......habih apa dia?? suara aku sedikit keras.....

sekali lg mat koleh melapas karbon dioksida yg tak di ingini org sekeling..... hang ni dok lepas angin ja nih aku sedikit marah.....

fuhhhh susah nak cerita nih..... senangkan jawab aku.... deraman janggut dah main dengan bini orgggg....hahhhhh bini sapa tnya aku sedikit marah....

dengan bini man kopi laaaaaaaa..... tut tut tut tut talian terputus(aka credit habis)..... man kopi ada lah sepupu aku tu yg aku terasa sngt tu dan deraman janggut member baik aku...cik kamisah pulak adalah bini man kopi yg memang aku kenali dari kecik2..

Allah swt berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)

Wednesday, September 29, 2010

AKU DI MANA????


Aku di mana?? dah lama rasanya tak tulis cerita kat blog ni.... sebenar aku telah di culik...

cerita dia mcm ni dua hari sblum posa aku telah di culik oleh makluk asing.....
aku tak tau mcm mana aku di culik dalam keadan sedar tak sedar aku dah sampai dekat plenet yg
asing bg diri ku....

Dalam keadaan sedar tak sedar aku cuba untuk mengingati di mana aku..... ahhhhhhhhh di mana aku??

rupa rupanya aku dekat Kuala Perlis sebelah Permatang Berangan dengar boleh percaya jangan.....hahahaha... walupun dah penghujung syawal rasa masih sempat lg kot ucap SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin...

Saturday, June 5, 2010

NAK PI MANA???


Petang yang damai itu aku mengayuh gerek rally aku dengan gaya macho... sambil kayuh sambil nyanyi.. Dalam menyusuri penjalanan yang singkat itu mata aku terpana dengan satu lambaian dari seorang yang aku kenali....hati ini makin berdebar debar mungkin ini yang dinamakan buih buih perasaan yng mengganggu jiwa selama ini..........



Hari nie mungkin akan selesai semuanya berkata aku dalam hati' biar lah apa akan terjadi akan aku pohon keampunan dari mu..maafkan lah aku..Tapi ni bukan soal cinta yang tak berbalas tp ni soal kesalahan yang di dilakukan pada suatu malam bersama rakan rakan...

Awanggggggggggg mai sini sat... laungngan Pak ndak mat pada aku...ahhhhhhhhhhh hari ni makan penampar freee aku dak pun kena penyepak gaban' berkata aku dalam hati...wakakau wakakau kenangga sempat lagi aku menyanyi lagu gaban dlm hati walau pun saat sangat genting..

Belum pun sempat apa apa satu jari dah tunjuk kat muka aku...'hang jangan dok kwan dengan depa mlm kemarin Pak ndak tangkap depa main judi' kata pak ndak pada aku beri amaran..'sapa tu pak ndak? aku buat2 tanya pada dia.. kwan2 hampa la sekali dengan rosli..rungut pak ndak..rosli ada lah anak pak ndak mat merangkap kwn baik aku...

Tapi adakah dia tak nampak aku mlm tu sebab aku ada bersama2 mereka mlm tu... oooo baru aku teringat aku menggunakan kepakaran aku dalam bidang menyorok yang aku pelajari masa budak2 dok main aci menyorok dulu....

Lega rasa hati ....pak ndak mat bersuara lagi.. Piah ooooo Piah ku pi kupi.....ahhhhhhhh mati lagi aku kali ni mungkin kah dia nak ajak aku pi serang rumah member yang kami main judi mlm tu...mati mati kalau macam nie... Piah ooooooo Piah lg sekali pak ndak panggil bini dia '' ku pi kupi' ohhhhh nak pi mana? nak pi pi la tak dak sapa nak larang aihhhh...suara mak ndak sedikit garang....Dak aihhhhhhhhhh ku suruh hang bancuh kupi ni awang dok sembang dengan aku nie..

Adoiiiiiiiiii baru aku teringat Pak ndak mat ni masih pekat pelatnya ala ala ong bak gitu....pelat siam la tu...Alhamdulillah dalam hati rasa lega boleh minum cheme lg tak payah bawak kluaq 4 kupang dapat minum kopi o..


Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.

(Surah Al-Ma’idah: 91)

AL FATIHAH UNTUK ARWAH PAK NDAK MAT...

Friday, May 21, 2010

10 PERANGKAP SYAITAN

ALLAH berfirman yang bermaksud : Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya. ( An-Nisa: 120-121).
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada dalam keadaan kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri.
Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.
Hati, organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah, apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut.
Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia.
Mereka akan berusaha sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah.
Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:
1) Melalui sifat sombong dan angkuh. Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia.
Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.
2) Kedua, melalui sifat bakhil dan kedekut. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang haq.
Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.
3) Ketiga, melalui sifat takbur dan bongkak. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini.
Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa sahaja.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur. ( An-Nahl:23)
4) Sifat khianat. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi segala bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.
5) Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat. Junjungan Rasulullah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.
6) Melalui sifat hasad. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering (Riwayat Bukhari dan Muslim).
7) Melalui sifat suka meremehkan orang lain. Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain.
Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dimilikinya. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil. (Riwayat Muslim).
Kelapan, melalui sifat ujub atau bangga diri. Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja. (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)
9) Melalui sifat suka berangan-angan. Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.
Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.
10) Kesepuluh, melalui sifat berburuk sangka. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik terlebih dulu amat dicela oleh Islam.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya. (Riwayat Muslim)
Dari blog ARTIKEL HANGAT

Wednesday, May 19, 2010

ADAM DAN MAYA


Ini cerita bukan pasal adammaya yang tengah hot kat tv3 tu.....
Tapi ni cerita tentang member aku cerita tentang adam dan maya...
Adam memang nama orang tp maya bukan nama orang... Maya lebih kepada ilusi...
Cerita dia macam ni Adam ni seorang yang kretif enovatif dan berpositif dia orang yang rajin dan berdikari .....
Pada 16 aribulan mei bersamaan dengan hari ahad pagi2 lagi Adam dah keluar untuk buat kerja part time nya ambik upah mesin rumput dia bersama adik ipar pi ke kampung Amir untuk buat kerja yang di suruh oleh Amir.. mesin rumput kat kat kawasan rumah amir...jadi mesin rumput lah dia bersama adik iparnya sambil hati dok mengira berapa amir nak bagi upah.. dalam pukul 3.07 minit macam tu hampir separuh dia dah settle membersihkan kawasan rumah Amir sampai lah di satu kawsan yang lalangnya memarasi dada...Dia pun mesin la kawsan lalang tu tiba2 dia merasa ada orang mencakar kepala dia dan seluruh badan... mulut dah jadi herot muka dah gatai2 persaan takut dah makin menjadi jadi dalam diri adam pandangan jadi kelam mata jadi kabur tp mulut tak keluaq buih lagi....bila sedar ja tok Amir dah bg adam makan garam ngan sapu garam seluruh badan rupa2 Adam dah pengsan tadi.... Semangat Adam dah semakin lemah perasaan takut makin menyelubungi dalam diri..mintak la dia dekat tok amir nak tumpang tidoq jap kat dalam rumah dalam masa dia dok rest tu persaan takut makin menjadi jadi...memang tak boleh jadi ni mesti kena balik ni berkata dia dalam hati..terus tak cakap banyak dia terus blah dari rumah amir pi ke rumah tok dia kat erea situ gak dalam perjalanan masih ingat lagi peristiwa td ahhh ahhh sekali lagi bila sedar ja dah duduk atas pangku tok dia... macam mana keadaan ni boleh jadi?
Mengikut kata tok bomoh jiran sebelah rumah Adam... dia kata saja dia nak melawak ja tu aku pun tak paham apa maksud saja dia nak melawak tu....
Tapi mengikut pakar saikologi patologi seksologi mengatakan kemungkin Adam mengalami tekanan darah tinggi hingga menyebabkan keadaan ini berlaku....Wallahualam..
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)
Cerita ini di ceritakan sendiri oleh Adam kepada aku...

Thursday, May 13, 2010

NIKMATNYA SYURGA ALLAH.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut:64, “Dan tidaklah kehidupan dunia ini, melainkan hanya gurau senda dan permainan. Dan Sesungguhnya akhirat itu adalah kehidupan yang sesungguhnya, seandainya mereka mengetahui”. Apa yang nyata kehidupan dunia disebut sebagai permainan dan gurau senda, sedang kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki. Mengapa?Pertama, umur manusia di bumi sangat singkat dibandingkan masa yang mesti dijalani kelak di akhirat. Hingga orang kafir ketika ditanya mengenai kehidupan dunia, mereka berasa hanya sekejap saja, sehari atau kurang dari itu.Kedua, sifat kehidupan di dunia hanyalah untuk mengumpulkan bekal, bukan untuk bersenang-senang.Ketiga, nilai kenikmatan atau seksaan di dunia sangat kecil dibandingkan dengan nilai kenikmatan atau seksaan di akhirat. Bahkan kenikmatan dunia adalah kenikmatan terakhir yang akan dinikmati orang kafir, sedang bagi orang beriman, kenikmatan dunia tidak bererti dibandingkan kenikmatan abadi kelak di syurga.Di dunia ini, manusia tidak boleh menemukan kenikmatan sempurna, sebab nikmat dunia itu sifatnya terbatas. Selain itu, manusia juga dihambat oleh halangan yang ada dalam diri mereka sendiri.Halangan apakah itu? Ia halangan kebosanan. Di sebalik setiap kenikmatan selalu ada risiko kebosanan, kecuali ketenangan jiwa.Lalu adakah harapan kehidupan yang bebas dari segala risiko kebosanan? Jawabnya tegas iaitu, ada! Lalu nikmat apa itu? Ia adalah kenikmatan syurga yang disediakan bagi orang beriman dan soleh. Di Syurga, manusia akan menjumpai kesempurnaan, tidak ada kelemahan, tidak ada rasa bosan.Ini dalam dijelaskan dengan Surah Fatir:34-35, yang bermaksud”“Dan mereka (para penghuni syurga Adn) berkata : Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan segala duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri . (Dia) yang dengan anugerah-Nya telah menempatkan kami di tempat yang kekal (syurga) di dalamnya kami tiada merasa letih, di dalamnya kami tiada pula merasa lesu.”Manakala (Riwayat Muslim) bermaksud: Rasulullah saw bersabda,” Orang yang masuk syurga sentiasa kenikmatan, tanpa kesedihan, pakaiannya tidak pernah kusut, tetap muda (tidak berubah menjadi tua),”.

MABUK



Mabuk ada macam2 mabuk ni nak cerita sikit..

1.Mabuk arak, judi dan dadah.....mintak simpang sebab benda ni semua haram di sisi agama mintak di jauhi dari semua mabuk ni.

2.Mabuk cerut...... ha ni ada cerita tentang mabuk cerut terjadi pada aku 1995 aku berjumpa dengan seorang penagih cerut tegar jd masa tu aku baru bermula nak belajar isap rokok dia tanya aku isap rokok dak...jadi aku jawab dak dia kata kat aku tak yah tipu la dia tau aku isap rokok dia kata rokok tak best dia suruh aku try cerut dalam keadan kontrol macho pak cik tu suruh aku isap cerut dia walaupun gigi dua batang tak dak sampai nampak anak rongkong .. jadi aku pun tak kurang jugak kontrol malu dan macho terus capai kotok cerut dia cap ikan mas dua ekoq.. sekali aku kena macam mana aku isap rokok dua kali sedut ja mata jadi pinau depan dah jadi gelap rasa macam nak pengsan....jd pada sapa yg tak pernah isap cerut jng cuba sebab dua kali sedutan membawa mabuk.

3.Mabuk pinang.......... ha ni pun ada cerita jugak... aku dok ngan tok aku dulu jd tok aku ni pemakan pinang ngan sirih jadi satu hari tu niat hati aku nak cuba makan jugak mana tau kot pinang ni rasa macam buah epal ka buah lai ka...hahaha aku pun ambik kacip ngan pinang sebelum tu buah pinang tu aku lambung2 dulu pasai kawan aku kata pinang akan jd sedap lepas di lambung2 hahaha lepas siap kacip apa lg aku terus la belasah apa terjadi lepas tu aku rasa satu macam telinga rasa mcam terbakar ja mata jd berayaq pening memusing musing tp nasib baik tok aku ada rupa rupanya dia ada cara untuk menghilang mabuk pinang ni dia suruh aku makan asam jawa alhamdulilah hilang rasa mabuk....jadi pada sapa2 yg tak pernah makan pinang kalau nak makan sediakan asam jawa sebelum makan pinang.

4. Mabuk kulat..........ha ni tak terjadi pada aku tp terjadi dekat kawan aku....cerita dia macam ni dia ada terjumpa sekuntum kulat tahun yg dia jumpa masa on the way nak pi kedai Mat Koleh dekat kwasan pdang sebelah rumah dia... dia pun ada dengaq cerita orang tua2 kalau jumpa kulat tahun terus makan mentah2.. dia pun rasa hari tu hari bertuah untuk dia sebab dia jumpa kulat tu sebelum orang lain jumpa baik dia sapu dulu... terus dia pelahap kulat tu lebih kurang 3.04 saat ja terus dia mutah2 dan pengsan mujoq mak dia nampak dia dah pengsan tengah padang tu...terus bawak dia p hospital 3 hari 4 malam la dia di icu hospital besar Aloq staq..alhamdulilah dia selamat...tp selepas di buat post mortem oleh Jkkk kampung pak ngah Ad rupa2 dia bukan makan kulat tahun tapi jeng jeng jeng kulat taik lembu...hahaa aku tak tau sama ada kulat tu yg beracun atau pun taik lembu yg beracun...jd hati sapa2 yg jumpa kulat tahun dalam masa 3.04 saat ja anda akan jd penghuni icu..

5.Mabuk laut.....mabuk laut aku tak pernah kena jd tak tau macan mana nak cerita....

6.Mabuk bas... dulu kecik2 ada kena siap bawak plastik spare masa naik bas untuk buang kumbahan dari mulut hahaha....pesan aku pada orang yg mabuk bas spare plastik masa nak naik bas dan jgn makan banyak masa nak naik bas..

7. Mabuk kuasa....ha dekat kilang aku mungkin ada kot dua tiga orang...pesan aku dekat org gila kuasa alang2 nak gila kuasa biar la ada kuasa mcm superman ka ironman ka ultraman ka boleh gak tolong tangkap orang jahat...hahaha

8. Mabuk cinta.........pada orang tengah bercinta pasti tau macam mana mabuk cinta.. kalau dah mabuk tu salah pun betoi...macam orang kata kentut pun wangi..jadi pesan aku pada orang yg mabuk cintan cinton ni jngan kepala kena marton sudah hahaha.

jadi pada siapa2 yg ada niat nak mabuk fikir2 kan lah niat anda untuk mabuk.....

Monday, May 10, 2010

SENYUM SEKETIKA.




tersebut alkisahnyer..... adalah di sebuah kampung... namenyer kampung Hulu. Pak Imam nyer memang hari hari setiap masuk waktu p masjid, masuk waktu pi masjid. Ade lah satu hari ni, time tu masuk ler waktu zuhur, tok imam ni pun p la amik gerek dia nak mengayuh p masjid kpg hulu, on the way dia nak p masjid tu, lalu ler dia kat satu umah tu, tiba2 die ternampak seorang budak dalam lingkungan 5 tahun tak pakai baju ngan sedang berlari2 kat depan halaman umah. Tok imam tu apa lagi, panggil ler budak tu. Tok Imam: budak, mai sini sat. Budak: ye tok imam, naper ni? Tok Imam: hang ni tak pakai baju psai apa? Budak: pak tak bg. Tok imam tu pun mengelengkan kepala lalu memberi wang kepada budaktu tadi. Tok imam: hang p bag kat pak ni 10 ringgit, suruh p beli baju. budak tu pun dgn happy nyer pun p la panggil pak dia dan mencerita segalanyer. Pak budak tu pun td merasa terharu. Dia pun berfikir lah... kebesokkan harinyer...time nak masuk waktu zuhur, tok imam ni pun nak gi masjid. lalu lah kat depan umah yg smalam. tiba2 die ternampak lagi seorang budak pompuan dalam umur lingkungan 12 tahun tak pakai baju sedang berlari2 kat depan umah. pak imam pun mengeleng kepala nyer lalu memanggil budak popuan itu td Tok imam: awat tak pakai baju? budak pompuan: pak tak bagi. Tok imam: tak cukup kot duit bg smalam, tak per la...hang amik duit ni 20 ringgit ni p bg kat pak hang sruh beli baju. ape lagi, budak pompuan tu happy nyer, pastu bgtau la kat pak dia.... pak dia berfikirlah lagi..."klo budakkecik 5 tahun bg 10, 12 tahun 20 ringgit... klo umur lagi tue, lagi byk ler.... " kebesokkan hari nyer... tok imam pun lalu lah kat depan umah tu seperti biase. tiba2,tok imam ternampak pak budak tu tak pakai baju sedang berlari kat depan umah. tok imam aper lagi.... gelang ngan terhangguk terus.dia pun panggil la pak budak itu. Tok imam: awat hang tak pakai baju? pak budak itu pun malu2 tersipu2 tak tau nak jwb...sbb die fikir nak duit lebih dari tok imam.... pas tu tok imam pun menyeluk saku nyer nk bagi duit... Tok Imam: nah! amik dua kupang ni, p beli gillete(Mate pencukur),cukuq bulu ketiak tu dah terjuloq keluaq dah tu.... hahahhahhahahhahha............. lepas tu...pak budak tu pun blah malu..




Maaf ansur penceritaan ada ansur2 kurang menyenangkan sekadar berhibur..


Sunday, May 9, 2010

KAMPUNG KU..



Tiada kata dapat di huraikan'

Tiada perkataan dapat di tafsirkan'

Hanya bersyukur pada mu ya Tuhan'

Pemandangan ini anugerah mu Tuhan'

Aku mensyukuri nikmat mu Tuhan.

inilah kampung aku kampung Pokok Tai ....Tiada waktu yg terindah melainkan kenanganku sewaktu di kampung...Gambar ini menceritakan suatu ketika waktu...

Saturday, May 8, 2010

TAK PERNAH CUKUP...........


Takkan pernah cukup waktuTakkan pernah cukup perhatianTakkan pernah cukup biayaTakkan pernah cukup cintaBahkan takkan pernah bisaTakkan pernah bisaSegala yang kita lakukanTuk membayar pengorbanan IBUHanya doa yang bisa kuaturkanUntukmu IBU..
Cantailah IBU anda selagi dia ada......
SELAMAT HARI IBU...

Friday, May 7, 2010

KATAK.

Beruntung dan berbahagialah sang katak yang melompat-lompat kekenyangan dari sehelai daun keladi ke daun keladi yang lain sambil menyanyi dan bersiul gembira dalam duka." apa aku peduli orang nak kata apa...asal perut ku kenyang dengan wang berjuta-juta dan kini aku popular....namaku meniti disetiap bibir orang di mana-mana" ngomel sang katak sendirian." orang bukan tahu masalah aku?....dulu aku nak itu tak bagi, nak ini pun tak dapat.....baik aku lompat pi kat daung lain pulak, kot-kot ade benda yang aku cari di sana, lagipun kat sana nampak macam best jer"....rungut sang katak lagi."kalau orang tanya pasai apa aku lompat pi ke daun lain.....aku boleh jawab dengan macam-macam alasan yang aku rasa ok, walaupun sebenarnya tak ok"....keluh sang katak lagi."pedulilah ape orang nak kata...peluang datang sekali jer! kalau aku tak lompat nanti orang lain pulak yang lompat, melepas peluang aku nak gelamor" bisik hati kecil sang katak."kat sini pun orang dah tak suka, orang dah benci, orang dah meluat, orang ah tak percaya aku lagi, aku macam tak wujud je pada depa, biaq la aku berkelana dan melompat mebawa diri" rungut sang katak lagi.

Thursday, May 6, 2010

LAGI,LAGI, DAN LAGI TERGURIS.


Hati ini terguris lagi,


Hati ini kecewa lagi,


Diri ini bersedih lagi,


Diri ini terluka lagi,


Rindu ini terasa lagi,


Rindu ini berbunga lagi,


Mungkin kita tak bersama lagi,


Mungkin kita tiada rindu lagi,


Tiadakah rindu lagi?


Tiadakah sayang lagi?


Nukilan ni untuk orang yang terguris.

last ni nak pantun ni...


kayuh gerek tua pagi pagi

berapa banyak lagi?






JIN,SYAITAN,MANUSIA DAN MELAYU

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.3. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu.5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca"Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomohyang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ."Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis.Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk. InsyaAllah selagi kita beriman kepada Allah kita akan di lindungi dari jin dan syaitan...

Wednesday, May 5, 2010

MAMPUKAH KITA?










Dari Abdullah bin Mas'ud katanya :
"Kataku kepada Rasulullah s.a.w. " "Pekerjaan mana yang terdekat dengan syurga?"
Jawab beliau : "Sembahyang pada waktu-waktunya. " Dan apa lagi?
jawab beliau "Berbakti kepada ibu bapa" Dan apa lagi?
"Jawab beliau : "Berjihad pada jalan Allah."
Hadis sahih riwayat Muslim
Mampukah kita menuju ke syurga Allah?

KETENANGAN YANG ABADI.



'Di kala senja mula berlabuh, tirai siang di tutup kegelapan'

'adakah kanak kanak masih berlari?

'ku sangka tidak sebodoh katak memanggil hujan'

'apabila hujan turun hanya membasahi diri'

'hanya kesejukan menghampiri'

'adakah kau juga sedemikian?

'aku harap tidak tidak tidak!!!!

'kerana di sana masih menanti'

'ya menanti....

'Menanti dengan seribu ketenangan yang abadi.



Hasil nukilan bersama arwah Abdullah Omar atau abg Roni seorang sahabat dan abg yang baik.

AL-FATIHAH untuk arwah..




Tuesday, May 4, 2010

DI MANA SILAPNYA???




-Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya)kecuali yang (biasa) terlihat.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra2 mereka atau putra2 suami mereka atau saudara2 lelaki mereka atau putra2 saudara2 lelaki mereka atau putra2 saudara perempuan mereka atau perempuan(sesama islam)mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan laki2(tua) yang tidak mempunyai keinginan atau anak2 yang belum mengerti tentang aurat perempuan.dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada ALLAH wahai orang2 beriman agar kamu beruntung-(An-nur:ayat 31) DI MANA SILAPNYA KITA YANG BERNAMA MANUSIA?


Thursday, April 29, 2010

SELAMATKAH MALAYSIA?????

Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan berita yang menggemparkan....adakah selamat kita di bumi yang tercinta ini? banyk pembunuhan berlaku di bumi yg bernama Malaysia ini...mungkin di sebabkan kurang keimanan dalam diri kita yg bernama manusia..Apa pun bersamalah kita berdoa semoga bumi yg kita cinta ini di pelihara oleh Allah... InsyaAllah selagi ada keimanan dalam diri kita Allah akan memelihara kita....


Saturday, March 27, 2010

SYAHADAH GADIS ATEIS


Tak seharusnya kita melepas sebuah wadah yang menarik untuk di kongsi bersama.
Kisah seorang gadis yg tidak mempercayai tuhan dan dapat di huraikan oleh seorang insan yg bernama Nizam..Bagaimana Nizam dapat menghuraikan setiap persoalan gadis itu dengan hujah hujah yang dapat merungkai segalanya??? Dapatkan di pasaran sekarang sebuah wadah dari Imran Haaz untuk di kongsi bersama..

Monday, February 1, 2010

POLITIK YANG MEMENINGKAN...

Ermmmmm dua tiga hari ni kita dok dengar pasal politik yg memeningkan.......
kadang kadang banyak benda yang memeningkan hari ni gaduh esok tutup kes....
tak kira la dari parti politik mana pun tak kira dari kerajaan ka pembangkang ka sama ja...
pikir pikir balik tak yah la dok pening dah nama pun poltik kan hari ni gaduh esok baik balik...
apa apa pun aku mengharapkan Malaysia aman dan damai walaupun ada sedikit kekacauan dua tiga hari lepas.. tak tau pasal tu ada campur dengan politik ka dak....
Apa apa aku berdoa semoga Malaysia negara yg kita sayang ni di jauhi dari bala bencana insyaAllah sama samalah kita berdoa....