Wednesday, October 27, 2010

SETAKAT TERMAMPU.....


Petang yg damai ini aku masih mencari cari mana hashim lenggang dengan mat koleh...
ehhh mana depa pi nii...dah la malam kami dah pakat ada sesuatu misi ni.. kurang2 boleh tengok gaban ka ultraman ka malam ni...

hehhh mana depa ni... ahhhh tak jadi ka nihhh.... nak tengok apa nak jadi malam ni dengaq kata ada acara yang hebat di rumah mak biah malam ni...

awangggg dari jauh suara mat koleh panggil aku... ha ada pun pi mana tadi jadi dak malam ni? terus aku lontar soalan... ehhh jadi la tp kalau hashim lenggang tak dak aku tak berani la jugak.... ha tu mana hashim lenggang aku bertanya... tak tau la mana dia pi. ...


ha tu pun dia weh mana hang pi ni lama kami dok tunggu tang ni jadi ka tak jadi malam ni? terus mat koleh tanya hashim lenggang.....uihhhh jadi la mana boleh tak jadi dengaq kata malam ni dia nak buat sampai boleh sampai lari habih semua hebat nihh rugi kalau tak join walaupun depa tak jemput kita....


dengar kata aura dia ni memang tersohor dari jauh nu dia mai......hashim lenggang bersuara lagi...


malam tu tepat pukul 9.25 minit malam kami dah terpancul depan rumah mak biah.... haaaa elok2 hampa mai lagi pun takdak sapa lg dah malam ni aku tumpang berani dengan hampa ja malam ni rungut pak leh pada kami pak leh ni laki mak biah...


tanpa lengah kami pun masuk rumah mak biah... huihh dah ada dah orang tua ni siap lilit kepala dengan kain kuning.... uih mesti best ni malam ni....mai naik apa pak long mai naik kapal terbang ka? terpacul soalan dari mulut mat koleh... orang tua tu tanpa sepatah kata hanya menjeling dengan bengis pada kami...dah aihhh tadi aku pi ambik dekat pala titi nu...sahut pak leh..oooooo serentak kami menyahut...Tiba2!!!!!!!!!!!


ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh jangan ganggu aku... aku tak suka orang ganggu aku.....aku tak kacau hampa hampa jangan kacau aku..... suara mak biah sedikit garau....ahhhh dia buat dah mak biah ni..aku merungut kat kwn2 aku nihhh aku dah cerin dah dah ni mat koleh berbisik pada aku...hang cerin aku meremang dah nihh..


boleh kita mula??? dengan suara macho sombong bongkak....ehhh kerek sungguh orang tua nih kata aku pada hashim lenggang...tak pa tak pa kita tengok ja.. pak leh hanya mengangguk melihat orang tua tu...


asap kemeyan dah penuh dalam rumah mak biah dengan di susuli kreng kong kreng mai long peng prang ceh prut jampi dari orang tua tuuu.... aku tak tau bahasa apa dia guna....


ahhhh jangan mak biah jangan mak biah saya tak salah pasai apa cekik saya mat koleh menjerit... tolong aku awang tolong pak leh mak biah ni nak bunuh saya nii... sambil melepaskan gas kumbahan dari saluran yang betul pretttt pretttt prett... tu la mat koleh yang aku kenali bila dia dalam keadan tertekan...budak ni lah selalu aku tengok lalu depan rumah aku dia nak kacau aku..nyaring suara mak biah........


dalam hati aku pasai apa orang tua yang kata hebat auranya ni tak bawak keluar lagi aura dia tiba2 macam tau saja apa yang ada dalam hati aku orang tua berdiri wehhh jangan ganggu budak tu aku tau asal asul hang aku tau mana hang mai dengan mata yang merah orang tua jerkah... suasana sepi seketika....mak biah melepaskan cengkaman dari tengkuk mat kolehh.... prammmmmmmmm orang tua tu lilit kepala kuning tu jatuh pengsan.......hahhh pulak dahh apa pulak nak jadi nii hashim lenggang sedikit kecut...


ma ciplok rondai ong li bok nai nu.... pai don dam paya mak inson niii.. pulak dahhh bahasa apa pulak ni orang ni cakap sambil jari dok tunjuk kat aku ni....adoii bahaya ni keadan kritikal dah ni...

prammmmmmmmmm lagi sekali orang tua tu jatuh kali lama sikit lebih kurang 5 minit baru dia sedar.......tapi ada satu aura aroma yang kurang menyenangkan dari dalam ruamha mak biah... wehhhhh apa ni mat koleh hang ni la adoii takkan sampai mcm tu kot suara hashim lenggang sedikit kuat... dak bukan aku la orang lain kot awang apa? mat koleh jawab dengan sedikit takut...uihh bukan aku la weh jawab aku...


fuhhhh macam ni lah leh aku dah tak boleh buat apa lagi dah ni setakat ni saja aku termampu orang tua lilit kepala kuning tu cakap kat pak leh.....tak pa la haji brahim kalau tak boleh tolong nak buat macam mana kan suara pak leh sedikit hampa... ni leh hang tak yah hantaq aku la aku balik sendiri malam ni.....tp jauh ni haji brahim...tak pa aku balik sendiri la... mereka pun bersalam sambil dalam tapak tangan pak leh ada satu sampul surat di beri pada orang tua tu mungkin duit kot...


tapi kenapa orang tua tu tak bersalam dengan kami ni persoalan yang bermain dalam fikiran kami bertiga bongkakkah sombongkah dia... rupa rupa memang ada rahsia kenapa dia tak bersalam dengan kami...mengikut pakar dalam hal ni mat koleh lah yang arif...


tadi masa dia bangun aku nampak satu benda kuning meleleh dekat kain dia la mat koleh berkata.... betoi ka tanya aku pada mat koleh... betoii la tu pak leh bersuara dia yang terberak dalam seluar masa dia menurun tadi masa salam tadi aku dah perasan sebab tu dia nak balik sendiri kot... hadoiiii apa punya bomoh la ni...ni la dikatakan aura tu kot no aura tercirit dalam kain aroma dia cukup hebat hashim lenggang bersuara sambil sahutan ketawa dari kami semua.. habis macam mana mak biah pak leh aku bertanya...tak pa esok aku nak bawak pi jumpa...........



mengikut doktor pakar mak biah bukan di rasuk oleh hantu atau jembalang tapi dia terkena sejenis penyakit selepas kematian anak yang ke sebelas semasa bersalin banyakkan berdoa banyakkan ibadat insyaAllah akan sembuh dalam masa singkat ni penyakit ni di beri nama Meroyan....

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

No comments: