Thursday, May 30, 2013

TENGIK







Dalam bayangngan lalu hari ini aku terkenang kembali pada satu ketika.......

Hari ini tarikh 30 mei 2013 aku telah melalui detik yg bisa mengungkit  kenangan lalu.. Apabila melalui tepi seorang makcik........


Awang jom pi mkn.....terngiang suara su memanggil nama aku....rezeki jng di tolak musuh jng di cari awek nak belanja apa mau lagi hahahahaha....


Mungkin aku sudah merasai detik pengalaman jatuh hati pada seseorang...oh adakah aku bisa melalui detik penuh perasaan untuk jatuh cinta lg....setelah di kecewakan oleh seseorang yg bernama wanita.....

Namun hakikatnya itu lah yg terjadi pada diriku.... Su aku sudah jatuh cinta padamu sudikah dikau.......


Awang hang ni bengong ka dok suka kat orang mcm tu agak2 la wei....Suara  Shahrin sedikit meninggi...Ahhh abaikan semua tu hati aku dah suka la wei aku dah tak kisah dah sehari kalau aku tak. jumpa dia jiwa jadi kosong mata tak boleh pejam hidung tiada bau hang tau dak??? jerkah aku dlam ketawa... tapi hang sendiri mau ingat la wei bukan senang hang nak perempuan mcm tu hang kena jaga elok2 baru boleh cun dng hang kalau tidak pakai.......Shahrin terhenti apabila azura menegurnya...







 Su dapat rasa dak apa yg Awang rasa su??? Pertanyaan aku membuat su kaget seketika.... Apa yg Awang rasa? terpacul soalan dari mulut su....

Saat dan ketika berlalu pergi namun dalam kenangan ini bisa ku patrikan rona jiwa segala lara....


Su aku telah jatuh cinta padamu sudikah dikau menjadi putri ku??? Namun apa kan daya kita terpisah sebab dirimu mendustaiku...perfume yg ku berikan padamu hanya bakul sampah mejadi santapan setiap hari hnya bau yg tengik dapat aku rasa dari badan mu maaf akan aku su bukan niat aku untuk mempersendakan dirimu tapi itu kenyataan mungkin tiada jodoh antara kita.......

Maafkan aku SURIANI BINTI ZAINAL....Namun jodohku tetap seorang insan yg bernama su...






Tuesday, February 28, 2012

Gambar 50 Ribu Galaksi

Allah berfirman:

DIALAH YANG MENJADIKAN BUMI SEBAGAI HAMPARAN BAGIMU DAN LANGIT SEBAGAI ATAP DAN DIA MENURUNKAN AIR (HUJAN) DARI LANGIT LALU DIA MENGHASILKAN DENGAN HUJAN ITU SEGALA BUAH-BUAHAN SEBAGAI REZEKI UNTUKMU; KERANA ITU JANGANLAH KAMU MENGADAKAN SEKUTU-SEKUTU BAGI ALLAH PADAHAL KAMU MENGETAHUI. (AL-BAQARAH : 22)

hamparan permaidani bumi galaksi

Gambar ini menunjukkan hampir 50,000 galaksi di alam semesta terdekat, yang dikesan oleh Micron Dua Semua Sky Survey (2MASS) dalam cahaya inframerah.

Gambar yang dihasilkan adalah permadani yang luar biasa dari galaksi yang membantu saintis memahami bagaimana alam semesta terbentuk dan berevolusi. Ini adalah peta 3-D paling lengkap dari alam semesta bumi (ke jarak 380 juta tahun cahaya) yang pernah dibuat.

Ini dibuat menggunakan data dari Thomas H. Jarrett, yang bekerja sebagai jurutera teleskop ruang angkasa Spitzer WISE dan serta saintis sokongan untuk 2MASS.

Subhanallah, jika galaksi bumi milky way atau bimasakti hanya sekecil itu, betapa kecilnya kita lagi di sisi Allah?

ALLAH MAHA BESAR!

Wednesday, June 15, 2011

ADAKAH RASA ( Hakikat sebuah percintaan)

Makin menjauh perjalanan pemikiran ini....ahhhhhhhh ini mainan perasaan yg semakin medalam adakah aku mempunyai rasa yg??????????



awang oooooooooo awang ni dah pg ni tak reja ka? berdesing telinga apabila aku mendengar panggilan suara yg selalu menganggu aku..... apa lagi la org tua ni ehhhhhhh ni bangkit ni bangkit!! tapi cek rasa sakit urat la tok suara aku sedikit mengeras...sakit urat kapala otak hang malaih habaq la malaih....adoiiii kena lg aku pg2 ni.... tp kalau hang tak mau pi reja nanti hang tolong aku pi beli brg kat kedai boleh dak? satu soalan dan jawapan yg di nanti2 oleh aku.... ok la tok line clearrrrrrr pantas aku jawab...


inilah peluang aku untuk....



tok bg duit lebih sikit tok...hang nak buat pa? lantas soalan di lontarkan pada aku.. nak beli brg sikit la tok boleh ka? boleh tp barang apa tu? bnyk soalan la pulak org tua ni adehhhhhhhh....ada la tok tak boleh habaq nanti tak best tok kita kena ada rahsia jugak dalam kehidupan sambil satu senyuman manja aku lontarkan pada tok aku....ahhhhh rahsia hotak hang duit aku hang nak kokak nak rahsia dng aku pulak.....satu keindahan di raut wajah tok aku bila perasaan dia ingin tahu tapi tak dapat.



mengukir kata2 yg indah mejelmakan ia dalam madah cukup untuk di huraikan dalam sesuatu yg mungkin ya mungkin tidak namun harus di gumpalkan menjadi benih2 perasaan kasih dan syg dalam erti sebuah kehidupan..... hakikatnya.........


nih mat hang bg aku gula 2 kilo beras 3 kilo bawang besaq bawang kecik cabai kering semuanya seringgit cepat sikit aku takdak masa ni.....ehhhhhh hang ni dok buat kalut pasai pa bukan nak naik bot dok kalut2..... cepat la mat aku nak pi!!!! hang nak pi jumpa cinta ka? berdesup jantung bergetar hati bila mat koleh lontarkan jawapan itu pada aku....... wehhhhh cepat la mana ada cinta aku sapa nak kat aku idung kemek hitam pulak tu...tp aku tengok.....takdak tp2 cepat sikit buat reja mcm kaldai tengah menyusu adehhhh cepat la..lantas aku mematikan percakapan mat koleh....


pabila mata bertentang jiwa aku mersakan seuatu ada dalam mata seorg insan yg amat aku.........................



ida ni saya nak cakap ni saya nak.....................................................................................................



terpulanglah padamu ida segalanya telah kau luahkan sekarang terpulanglah sama ada......



kehadiran dirimu bisa menceriakan hidup ini... seandainya dirimu menjadi milikku akan ku untaikan benih kasih agar tumbuh dan terus membiak akan ku pintal benang rindu biar menjadi sutera jiwa....akan ku gumpalkan sutera kasih biar menjadi segunung impian.......



bersambung.....

Sunday, November 14, 2010

ADAKAH RASA......


Masihkah ada ruang untuk aku pd mu walau seringkali kita bertemu tetapi lirikan mata mu bisa membuat aku jd keliru.....perasaan tak boleh di tipu hati yg bergelora ini siapa yg tahu mungkinkah ada waktu aku bersamamu.... apa guna memuja bulan kalau tiada matahari....mungkinkah ini yg di katakan............................................................................................................................................................




Awang..... awang ohhh awang apa lg tu tak bangkit tidoq lg ni dah pukul berapa ni mengaji segan nak pi reja pun baloq jugak ehhhhhhhhhhh budak ni aku peluku sabit haaaaaaaaaa.....bingit suara tok aku menjerit ehh org tua ni baru ja aku nak berangan nak bercinta dng awek dari kampung joget yg mai tlg pak saudara dia meniaga kat warung kg aku... ahhhhhhhhhhhhhh bangkit ni cek bangkit ni pantas aku jwb.........


pagi ni sungguh indah dengan matahari cerah dng cahaya kemerahan memancar..... jam dah uhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah lewat sat gi nak minum pg lg kalau pi lewat mesti kena hantam dng taukey leong bos tempat aku kerja....


terus aku lompat anak tangga mencari sesuatu kat tiang bawah rumah....fuhhhh ada pun cinta aku ni jom kita dah lewat hang jng dok buat perangai sepoket tak mkn pulak... terus aku mengayuh gerek racing aku cinta aku la tu.....

sampai ja kat warung aku terus cek dalam poket ada berapa duit............ adoiiiiii ada 3 kupang ja minum kopi o pun tak boleh ni.....dng rasa hampa aku aku blah dari warung tu dalam hati dok pikiaq pasai pa la aku dok kalut sangat pg nak mai tak sempat nak mintak duit kat tok... melepas la lg hari ni nak tengok senyuman ida budak kg joget tu....namunnnnnnnnnnn....


sempat jugak aku jeling dekat dia dan satu benda yg paling terindah pg itu aku dapat rasakan bila.........................................dia juga melemparkan senyuman yg manis pd aku mungkin ini yg dikatakan kuc kuc hota heyyy.....tu dia aihhhhhhhhhhh terbayang aku pd wajah juhi caula awek filem hindi.....


mungkinkah dia juga merasai apa yg aku rasa.....aku dapat rasakan sesuatu perubahan pd diri dalam meniti usia remaja.... InsyaAllah kalau ada ruang aku akan sambung apa terjadi antara aku dng ida...


SESUATU TAKKAN HADIR KALAU TAK DI CARI DAN SESUATU TAKKAN DAPAT KALAU TAK DI BERI.... berjumpa di episod akan datang....

Sunday, October 31, 2010

NAMPAK MEMANG NAMPAK.....


Tersebut lah kisah di suatu ketika cerita bermula BEGINI........................


Aku ni seorang yg periang dan happy selalu dan kadang2 memang gila... tambah2 waktu kat kilang memang aku suka nyakat orang2 dekat kilang tak kira tua ka muda ka semua aku bantai....

Aku ni suka buat sesuatu dan bila aku buat gaya mereng aku tu aku akan berkata "ha nampak nampak nampak" dan gaya ini telah menjadi ikutan member aku yang sorang ni... dia ni pun suka jugak nyakat aku....


satu pagi waktu semua orang berpusupusu nak masuk kerja aku berjumpa la member aku ni apa lagi dia terus nayakat aku.... sambil jalan kengkang dia terus kata kat aku "ha nampak nampak nampak" kah kah kah kah kah aku terus gelak bukan sebab lawak dia jalan kenkang tu tapi......



nampak memang nampak tp kaler jingga kah kah kah kah aku gelak lagi.... baru dia sedar yg zip seluar dia tak terzip seluar superman kaler jingga kah kah kah....

Wednesday, October 27, 2010

SETAKAT TERMAMPU.....


Petang yg damai ini aku masih mencari cari mana hashim lenggang dengan mat koleh...
ehhh mana depa pi nii...dah la malam kami dah pakat ada sesuatu misi ni.. kurang2 boleh tengok gaban ka ultraman ka malam ni...

hehhh mana depa ni... ahhhh tak jadi ka nihhh.... nak tengok apa nak jadi malam ni dengaq kata ada acara yang hebat di rumah mak biah malam ni...

awangggg dari jauh suara mat koleh panggil aku... ha ada pun pi mana tadi jadi dak malam ni? terus aku lontar soalan... ehhh jadi la tp kalau hashim lenggang tak dak aku tak berani la jugak.... ha tu mana hashim lenggang aku bertanya... tak tau la mana dia pi. ...


ha tu pun dia weh mana hang pi ni lama kami dok tunggu tang ni jadi ka tak jadi malam ni? terus mat koleh tanya hashim lenggang.....uihhhh jadi la mana boleh tak jadi dengaq kata malam ni dia nak buat sampai boleh sampai lari habih semua hebat nihh rugi kalau tak join walaupun depa tak jemput kita....


dengar kata aura dia ni memang tersohor dari jauh nu dia mai......hashim lenggang bersuara lagi...


malam tu tepat pukul 9.25 minit malam kami dah terpancul depan rumah mak biah.... haaaa elok2 hampa mai lagi pun takdak sapa lg dah malam ni aku tumpang berani dengan hampa ja malam ni rungut pak leh pada kami pak leh ni laki mak biah...


tanpa lengah kami pun masuk rumah mak biah... huihh dah ada dah orang tua ni siap lilit kepala dengan kain kuning.... uih mesti best ni malam ni....mai naik apa pak long mai naik kapal terbang ka? terpacul soalan dari mulut mat koleh... orang tua tu tanpa sepatah kata hanya menjeling dengan bengis pada kami...dah aihhh tadi aku pi ambik dekat pala titi nu...sahut pak leh..oooooo serentak kami menyahut...Tiba2!!!!!!!!!!!


ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh jangan ganggu aku... aku tak suka orang ganggu aku.....aku tak kacau hampa hampa jangan kacau aku..... suara mak biah sedikit garau....ahhhh dia buat dah mak biah ni..aku merungut kat kwn2 aku nihhh aku dah cerin dah dah ni mat koleh berbisik pada aku...hang cerin aku meremang dah nihh..


boleh kita mula??? dengan suara macho sombong bongkak....ehhh kerek sungguh orang tua nih kata aku pada hashim lenggang...tak pa tak pa kita tengok ja.. pak leh hanya mengangguk melihat orang tua tu...


asap kemeyan dah penuh dalam rumah mak biah dengan di susuli kreng kong kreng mai long peng prang ceh prut jampi dari orang tua tuuu.... aku tak tau bahasa apa dia guna....


ahhhh jangan mak biah jangan mak biah saya tak salah pasai apa cekik saya mat koleh menjerit... tolong aku awang tolong pak leh mak biah ni nak bunuh saya nii... sambil melepaskan gas kumbahan dari saluran yang betul pretttt pretttt prett... tu la mat koleh yang aku kenali bila dia dalam keadan tertekan...budak ni lah selalu aku tengok lalu depan rumah aku dia nak kacau aku..nyaring suara mak biah........


dalam hati aku pasai apa orang tua yang kata hebat auranya ni tak bawak keluar lagi aura dia tiba2 macam tau saja apa yang ada dalam hati aku orang tua berdiri wehhh jangan ganggu budak tu aku tau asal asul hang aku tau mana hang mai dengan mata yang merah orang tua jerkah... suasana sepi seketika....mak biah melepaskan cengkaman dari tengkuk mat kolehh.... prammmmmmmmm orang tua tu lilit kepala kuning tu jatuh pengsan.......hahhh pulak dahh apa pulak nak jadi nii hashim lenggang sedikit kecut...


ma ciplok rondai ong li bok nai nu.... pai don dam paya mak inson niii.. pulak dahhh bahasa apa pulak ni orang ni cakap sambil jari dok tunjuk kat aku ni....adoii bahaya ni keadan kritikal dah ni...

prammmmmmmmmm lagi sekali orang tua tu jatuh kali lama sikit lebih kurang 5 minit baru dia sedar.......tapi ada satu aura aroma yang kurang menyenangkan dari dalam ruamha mak biah... wehhhhh apa ni mat koleh hang ni la adoii takkan sampai mcm tu kot suara hashim lenggang sedikit kuat... dak bukan aku la orang lain kot awang apa? mat koleh jawab dengan sedikit takut...uihh bukan aku la weh jawab aku...


fuhhhh macam ni lah leh aku dah tak boleh buat apa lagi dah ni setakat ni saja aku termampu orang tua lilit kepala kuning tu cakap kat pak leh.....tak pa la haji brahim kalau tak boleh tolong nak buat macam mana kan suara pak leh sedikit hampa... ni leh hang tak yah hantaq aku la aku balik sendiri malam ni.....tp jauh ni haji brahim...tak pa aku balik sendiri la... mereka pun bersalam sambil dalam tapak tangan pak leh ada satu sampul surat di beri pada orang tua tu mungkin duit kot...


tapi kenapa orang tua tu tak bersalam dengan kami ni persoalan yang bermain dalam fikiran kami bertiga bongkakkah sombongkah dia... rupa rupa memang ada rahsia kenapa dia tak bersalam dengan kami...mengikut pakar dalam hal ni mat koleh lah yang arif...


tadi masa dia bangun aku nampak satu benda kuning meleleh dekat kain dia la mat koleh berkata.... betoi ka tanya aku pada mat koleh... betoii la tu pak leh bersuara dia yang terberak dalam seluar masa dia menurun tadi masa salam tadi aku dah perasan sebab tu dia nak balik sendiri kot... hadoiiii apa punya bomoh la ni...ni la dikatakan aura tu kot no aura tercirit dalam kain aroma dia cukup hebat hashim lenggang bersuara sambil sahutan ketawa dari kami semua.. habis macam mana mak biah pak leh aku bertanya...tak pa esok aku nak bawak pi jumpa...........



mengikut doktor pakar mak biah bukan di rasuk oleh hantu atau jembalang tapi dia terkena sejenis penyakit selepas kematian anak yang ke sebelas semasa bersalin banyakkan berdoa banyakkan ibadat insyaAllah akan sembuh dalam masa singkat ni penyakit ni di beri nama Meroyan....

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, October 25, 2010

UJI RASHID


awangggggggggg awangggggggggg dok buat apa tu kat bawah para tu dok selongkaq apa?? nyaring suara tok aku memanggil aku,,,, dak aihh cek dok cari kaboi nak buat radio nihhh... sahut aku..

nih tolong pi cari kayu api nak bakaq ikan mata uji rashid ni... sekali lagi suara tok sedikit menyinga..hadoiii baru ja nak dapat sekoq org tua nih dah dok kalut dok suruh aku...

ikan apa tok??? aku bertanya....ikan mata uji rashid la.... hadoii pulakk dah ada jugak ikan nama mcm ni rasa nak gelak pun ada tp dalam hati la takut kena jerkah lg....


dalam keresahan nak tangkap kaboi untuk buat radio aku pi jugak cari kayu kat sebelah rumah.......nak cari kayu nak cari kayu nak cari kayu...tiba tiba.....


apa pulak ni hadoiii lepas satu satu nihh...


mcm2 hadoiiii dia buat pulak org tua ni dari jauh aku dengar suara tok aku panggil aku.....awangggg ooooo awang...sat sat dok cari kayu ni aku menyahut....

nih cari kayu lebih sikit gas dah habis nihh.....oraiiiiit tok terus aku menyahut...
dalam kepayahan aku mencari lebih sikit kayu api tp dalam hati sedikit marah sebab masa untuk main radio kaboi tersekat....

ok siap tokk line clearr nih bnyak ni kayu nihh kata aku kat tok... tok hanya tersenyum nengok aku....ni la cucu tok tengok tengok ha nampak nampak banyak nih boleh buat rumah sebijik nihh kayu nihh... aku berkata sedikit perli...

ha tok mana dia ikan mata uji rashid tu cek nak tengok ...kata aku kat tok... haaa elok2 dah nak tengok ambik semanggang nih pelekat api lepas tu bakaq teruih boleh aku nak masak nasik... hadoiii kena lg...


uih mata besaq sungguh ikan ni sabit tu la orang panggil ikan mata uji rashid....terkejut aku tengok ikan mata besaq ni...ahhh ahhh ikan ni ngusik aku nihh mlm ni comfirm tak leh tidoq nihh...mata terbeliaq semacam ja nihh..

tok oooo tok ikan nih ngusik cek ni... tak berani la cek nak bakaq ikan nih...ehhhhhhhhhhh hang ni lahhhhhh...

MEMANG MENGUJI BETUL IKAN MATA UJI RASHID NI...