Sunday, October 31, 2010

NAMPAK MEMANG NAMPAK.....


Tersebut lah kisah di suatu ketika cerita bermula BEGINI........................


Aku ni seorang yg periang dan happy selalu dan kadang2 memang gila... tambah2 waktu kat kilang memang aku suka nyakat orang2 dekat kilang tak kira tua ka muda ka semua aku bantai....

Aku ni suka buat sesuatu dan bila aku buat gaya mereng aku tu aku akan berkata "ha nampak nampak nampak" dan gaya ini telah menjadi ikutan member aku yang sorang ni... dia ni pun suka jugak nyakat aku....


satu pagi waktu semua orang berpusupusu nak masuk kerja aku berjumpa la member aku ni apa lagi dia terus nayakat aku.... sambil jalan kengkang dia terus kata kat aku "ha nampak nampak nampak" kah kah kah kah kah aku terus gelak bukan sebab lawak dia jalan kenkang tu tapi......



nampak memang nampak tp kaler jingga kah kah kah kah aku gelak lagi.... baru dia sedar yg zip seluar dia tak terzip seluar superman kaler jingga kah kah kah....

Wednesday, October 27, 2010

SETAKAT TERMAMPU.....


Petang yg damai ini aku masih mencari cari mana hashim lenggang dengan mat koleh...
ehhh mana depa pi nii...dah la malam kami dah pakat ada sesuatu misi ni.. kurang2 boleh tengok gaban ka ultraman ka malam ni...

hehhh mana depa ni... ahhhh tak jadi ka nihhh.... nak tengok apa nak jadi malam ni dengaq kata ada acara yang hebat di rumah mak biah malam ni...

awangggg dari jauh suara mat koleh panggil aku... ha ada pun pi mana tadi jadi dak malam ni? terus aku lontar soalan... ehhh jadi la tp kalau hashim lenggang tak dak aku tak berani la jugak.... ha tu mana hashim lenggang aku bertanya... tak tau la mana dia pi. ...


ha tu pun dia weh mana hang pi ni lama kami dok tunggu tang ni jadi ka tak jadi malam ni? terus mat koleh tanya hashim lenggang.....uihhhh jadi la mana boleh tak jadi dengaq kata malam ni dia nak buat sampai boleh sampai lari habih semua hebat nihh rugi kalau tak join walaupun depa tak jemput kita....


dengar kata aura dia ni memang tersohor dari jauh nu dia mai......hashim lenggang bersuara lagi...


malam tu tepat pukul 9.25 minit malam kami dah terpancul depan rumah mak biah.... haaaa elok2 hampa mai lagi pun takdak sapa lg dah malam ni aku tumpang berani dengan hampa ja malam ni rungut pak leh pada kami pak leh ni laki mak biah...


tanpa lengah kami pun masuk rumah mak biah... huihh dah ada dah orang tua ni siap lilit kepala dengan kain kuning.... uih mesti best ni malam ni....mai naik apa pak long mai naik kapal terbang ka? terpacul soalan dari mulut mat koleh... orang tua tu tanpa sepatah kata hanya menjeling dengan bengis pada kami...dah aihhh tadi aku pi ambik dekat pala titi nu...sahut pak leh..oooooo serentak kami menyahut...Tiba2!!!!!!!!!!!


ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh jangan ganggu aku... aku tak suka orang ganggu aku.....aku tak kacau hampa hampa jangan kacau aku..... suara mak biah sedikit garau....ahhhh dia buat dah mak biah ni..aku merungut kat kwn2 aku nihhh aku dah cerin dah dah ni mat koleh berbisik pada aku...hang cerin aku meremang dah nihh..


boleh kita mula??? dengan suara macho sombong bongkak....ehhh kerek sungguh orang tua nih kata aku pada hashim lenggang...tak pa tak pa kita tengok ja.. pak leh hanya mengangguk melihat orang tua tu...


asap kemeyan dah penuh dalam rumah mak biah dengan di susuli kreng kong kreng mai long peng prang ceh prut jampi dari orang tua tuuu.... aku tak tau bahasa apa dia guna....


ahhhh jangan mak biah jangan mak biah saya tak salah pasai apa cekik saya mat koleh menjerit... tolong aku awang tolong pak leh mak biah ni nak bunuh saya nii... sambil melepaskan gas kumbahan dari saluran yang betul pretttt pretttt prett... tu la mat koleh yang aku kenali bila dia dalam keadan tertekan...budak ni lah selalu aku tengok lalu depan rumah aku dia nak kacau aku..nyaring suara mak biah........


dalam hati aku pasai apa orang tua yang kata hebat auranya ni tak bawak keluar lagi aura dia tiba2 macam tau saja apa yang ada dalam hati aku orang tua berdiri wehhh jangan ganggu budak tu aku tau asal asul hang aku tau mana hang mai dengan mata yang merah orang tua jerkah... suasana sepi seketika....mak biah melepaskan cengkaman dari tengkuk mat kolehh.... prammmmmmmmm orang tua tu lilit kepala kuning tu jatuh pengsan.......hahhh pulak dahh apa pulak nak jadi nii hashim lenggang sedikit kecut...


ma ciplok rondai ong li bok nai nu.... pai don dam paya mak inson niii.. pulak dahhh bahasa apa pulak ni orang ni cakap sambil jari dok tunjuk kat aku ni....adoii bahaya ni keadan kritikal dah ni...

prammmmmmmmmm lagi sekali orang tua tu jatuh kali lama sikit lebih kurang 5 minit baru dia sedar.......tapi ada satu aura aroma yang kurang menyenangkan dari dalam ruamha mak biah... wehhhhh apa ni mat koleh hang ni la adoii takkan sampai mcm tu kot suara hashim lenggang sedikit kuat... dak bukan aku la orang lain kot awang apa? mat koleh jawab dengan sedikit takut...uihh bukan aku la weh jawab aku...


fuhhhh macam ni lah leh aku dah tak boleh buat apa lagi dah ni setakat ni saja aku termampu orang tua lilit kepala kuning tu cakap kat pak leh.....tak pa la haji brahim kalau tak boleh tolong nak buat macam mana kan suara pak leh sedikit hampa... ni leh hang tak yah hantaq aku la aku balik sendiri malam ni.....tp jauh ni haji brahim...tak pa aku balik sendiri la... mereka pun bersalam sambil dalam tapak tangan pak leh ada satu sampul surat di beri pada orang tua tu mungkin duit kot...


tapi kenapa orang tua tu tak bersalam dengan kami ni persoalan yang bermain dalam fikiran kami bertiga bongkakkah sombongkah dia... rupa rupa memang ada rahsia kenapa dia tak bersalam dengan kami...mengikut pakar dalam hal ni mat koleh lah yang arif...


tadi masa dia bangun aku nampak satu benda kuning meleleh dekat kain dia la mat koleh berkata.... betoi ka tanya aku pada mat koleh... betoii la tu pak leh bersuara dia yang terberak dalam seluar masa dia menurun tadi masa salam tadi aku dah perasan sebab tu dia nak balik sendiri kot... hadoiiii apa punya bomoh la ni...ni la dikatakan aura tu kot no aura tercirit dalam kain aroma dia cukup hebat hashim lenggang bersuara sambil sahutan ketawa dari kami semua.. habis macam mana mak biah pak leh aku bertanya...tak pa esok aku nak bawak pi jumpa...........



mengikut doktor pakar mak biah bukan di rasuk oleh hantu atau jembalang tapi dia terkena sejenis penyakit selepas kematian anak yang ke sebelas semasa bersalin banyakkan berdoa banyakkan ibadat insyaAllah akan sembuh dalam masa singkat ni penyakit ni di beri nama Meroyan....

Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, October 25, 2010

UJI RASHID


awangggggggggg awangggggggggg dok buat apa tu kat bawah para tu dok selongkaq apa?? nyaring suara tok aku memanggil aku,,,, dak aihh cek dok cari kaboi nak buat radio nihhh... sahut aku..

nih tolong pi cari kayu api nak bakaq ikan mata uji rashid ni... sekali lagi suara tok sedikit menyinga..hadoiii baru ja nak dapat sekoq org tua nih dah dok kalut dok suruh aku...

ikan apa tok??? aku bertanya....ikan mata uji rashid la.... hadoii pulakk dah ada jugak ikan nama mcm ni rasa nak gelak pun ada tp dalam hati la takut kena jerkah lg....


dalam keresahan nak tangkap kaboi untuk buat radio aku pi jugak cari kayu kat sebelah rumah.......nak cari kayu nak cari kayu nak cari kayu...tiba tiba.....


apa pulak ni hadoiii lepas satu satu nihh...


mcm2 hadoiiii dia buat pulak org tua ni dari jauh aku dengar suara tok aku panggil aku.....awangggg ooooo awang...sat sat dok cari kayu ni aku menyahut....

nih cari kayu lebih sikit gas dah habis nihh.....oraiiiiit tok terus aku menyahut...
dalam kepayahan aku mencari lebih sikit kayu api tp dalam hati sedikit marah sebab masa untuk main radio kaboi tersekat....

ok siap tokk line clearr nih bnyak ni kayu nihh kata aku kat tok... tok hanya tersenyum nengok aku....ni la cucu tok tengok tengok ha nampak nampak banyak nih boleh buat rumah sebijik nihh kayu nihh... aku berkata sedikit perli...

ha tok mana dia ikan mata uji rashid tu cek nak tengok ...kata aku kat tok... haaa elok2 dah nak tengok ambik semanggang nih pelekat api lepas tu bakaq teruih boleh aku nak masak nasik... hadoiii kena lg...


uih mata besaq sungguh ikan ni sabit tu la orang panggil ikan mata uji rashid....terkejut aku tengok ikan mata besaq ni...ahhh ahhh ikan ni ngusik aku nihh mlm ni comfirm tak leh tidoq nihh...mata terbeliaq semacam ja nihh..

tok oooo tok ikan nih ngusik cek ni... tak berani la cek nak bakaq ikan nih...ehhhhhhhhhhh hang ni lahhhhhh...

MEMANG MENGUJI BETUL IKAN MATA UJI RASHID NI...

Tuesday, October 5, 2010

SALAHKAH AKU?


Hari ini aku cukup gembira

tepat jam 5.30 ptg tak kurang seminit pun aku dah kluaq dari tempat kerja hati cukup gembira
sambil menyanyi jom balikka jom balikka jom balik... dalam hati dah ada plan nak buat kejutan tuk bini yg tercinta cehhhhh wahhhh....

dalam kereta aku pasang lagu tamil tajuk dia Rozana kuat2... rozana padum padum ke nidaaaaaa.... lebih kurang mcm tu lah lirik dia langsung aku tak paham apa maksud dia tapi aku suka muzik dia....


sampai saja kat tmn aku tingal zappppppppp aku masuk kanan terus aku berhenti kereta aku kat depan kedai pak cik tuuu.... tecengang org tua tu kat aku dia tnya aku pasai pa kalut2 aku hnya tersenyum manja hahahaha...

pak cik ni saya beli dengan harga banyk duit pak cik tu senyum kat ya saya jual kata pak cik tu....ahhhhhhhhh dah lewat ni takut takdan nak buat kejutan kat bini nihhhhhhh...tanpa lengah aku terus ja blah dari kedai pak cik tu...

sampai rumah tak lengah dah terus pi dapoqq.......siapkan semua brng2 yg aku beli td cehh wah jd chef la aku hari ni....

terus prepair semua benda dah ada panaskan minyak oraiiiit minyak dah panas aku terus masukkan benda yg aku prepair td.... siauwwwwwwwwww ja bunyi dia ahhh bau harum nihhhh air liur sedikit meleleh....

mesti bini syg kat aku nihhh dalam hati dok hingat.... ayg syg abg... abg syg ayg....
tiba2....... hadoiiiiiiiiii apa dah jd nih.... lunyai dalam belanga dah jd apa nih.....

pisang dah jd bubur hadoiiii tu la tak tau tak mau tnya pisang dah jd bubur nak buat mcm mana..ehhhh mcm pantun pulak.... adoooooiii sedih2....

mlm ja aku terus telipon kat mak aku... anak manja la nak katakan... aku terus cerita kat dia apa jd ptg td.... bila aku ckp ja dia terus gelak kahkahkahkah adoiiii patah semagat lg ingat nak dapat semagat...

nih cek mak nak habaq nihhh mana ada org nak buat cucuq pisang pakai pisang mas kalau nak buat org buat pisang awak ka pisang nangka ja....pisang mas org buat cucuq kodok ja... ranap hati patah jiwa aku...

nasib baik dan cover bini takdan tengok.... kalau tidak lg la patah hati...

selalu org kata jng sampai nasi jd bubur... tp bg aku kalau syg bini jng sampai pisang jd bubur...

Saturday, October 2, 2010

Paderi Dan Kunci Syurga


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. Memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita Ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar.Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut Dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ”

Si pemuda tersenyum Dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca Bismillah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat,Injil, Zabur Dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solatlima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah,
“Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala. ” Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang .” (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci syurga itu?”

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! ”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ”

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. ”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Posted @ www.isuhangat.net. Artikel ini di ambil dari nota FB page Al-hikmah

Friday, October 1, 2010

SALAH KAH DIA?


Ermmm kenapa aku terasa tersentuh hati pada saat ini...mungkin di sebabkan satu telipon dari mat koleh bisa menggegar rasa hati ini...
awang hang tau dak gi tnya mat koleh pda aku? tau apa ni jwb aku....

mat koleh mencerita pada aku dengan penuh perasan..... aku tau mat koleh kalau dia cerita apa2 yg bisa membuat dia panik dia akan cerita dalam keadaan yg gelabah dan terkentut kentut itu lah mat koleh yg aku kenali walau pun beza umur kami berbeza bnyk tahun namun aku kenali mat koleh lebih dari saudara aku sendiri.. tp ini bukan ceritanya yg membuat aku tersentuh.....

hang tau dak deraman janggut dia dah buat onar kat kg kita.....dia buat apa tnya aku pd mat koleh...

ahhhhh susah nak cerita nih... dan aku dapat rasakan siapa yg ada kat sebelah mat koleh pasti akan lari....aku dengar bunyi yg sangat kuat prepppppppppppppppppp pet pet pet.... itulah sifat mat koleh kalau dalm keadaan tertekan...

apa yg dia buat nih tnya aku kat mat koleh dia curi kambing pak ngah ad ka? pak ngah ad ketua kg yg membela bayk kambing kat kg aku...

dak aihhhh bukan dia curi kambing sergah mat koleh pd aku......habih apa dia?? suara aku sedikit keras.....

sekali lg mat koleh melapas karbon dioksida yg tak di ingini org sekeling..... hang ni dok lepas angin ja nih aku sedikit marah.....

fuhhhh susah nak cerita nih..... senangkan jawab aku.... deraman janggut dah main dengan bini orgggg....hahhhhh bini sapa tnya aku sedikit marah....

dengan bini man kopi laaaaaaaa..... tut tut tut tut talian terputus(aka credit habis)..... man kopi ada lah sepupu aku tu yg aku terasa sngt tu dan deraman janggut member baik aku...cik kamisah pulak adalah bini man kopi yg memang aku kenali dari kecik2..

Allah swt berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (QS al-Israa’: 32)