Thursday, May 13, 2010

MABUK



Mabuk ada macam2 mabuk ni nak cerita sikit..

1.Mabuk arak, judi dan dadah.....mintak simpang sebab benda ni semua haram di sisi agama mintak di jauhi dari semua mabuk ni.

2.Mabuk cerut...... ha ni ada cerita tentang mabuk cerut terjadi pada aku 1995 aku berjumpa dengan seorang penagih cerut tegar jd masa tu aku baru bermula nak belajar isap rokok dia tanya aku isap rokok dak...jadi aku jawab dak dia kata kat aku tak yah tipu la dia tau aku isap rokok dia kata rokok tak best dia suruh aku try cerut dalam keadan kontrol macho pak cik tu suruh aku isap cerut dia walaupun gigi dua batang tak dak sampai nampak anak rongkong .. jadi aku pun tak kurang jugak kontrol malu dan macho terus capai kotok cerut dia cap ikan mas dua ekoq.. sekali aku kena macam mana aku isap rokok dua kali sedut ja mata jadi pinau depan dah jadi gelap rasa macam nak pengsan....jd pada sapa yg tak pernah isap cerut jng cuba sebab dua kali sedutan membawa mabuk.

3.Mabuk pinang.......... ha ni pun ada cerita jugak... aku dok ngan tok aku dulu jd tok aku ni pemakan pinang ngan sirih jadi satu hari tu niat hati aku nak cuba makan jugak mana tau kot pinang ni rasa macam buah epal ka buah lai ka...hahaha aku pun ambik kacip ngan pinang sebelum tu buah pinang tu aku lambung2 dulu pasai kawan aku kata pinang akan jd sedap lepas di lambung2 hahaha lepas siap kacip apa lg aku terus la belasah apa terjadi lepas tu aku rasa satu macam telinga rasa mcam terbakar ja mata jd berayaq pening memusing musing tp nasib baik tok aku ada rupa rupanya dia ada cara untuk menghilang mabuk pinang ni dia suruh aku makan asam jawa alhamdulilah hilang rasa mabuk....jadi pada sapa2 yg tak pernah makan pinang kalau nak makan sediakan asam jawa sebelum makan pinang.

4. Mabuk kulat..........ha ni tak terjadi pada aku tp terjadi dekat kawan aku....cerita dia macam ni dia ada terjumpa sekuntum kulat tahun yg dia jumpa masa on the way nak pi kedai Mat Koleh dekat kwasan pdang sebelah rumah dia... dia pun ada dengaq cerita orang tua2 kalau jumpa kulat tahun terus makan mentah2.. dia pun rasa hari tu hari bertuah untuk dia sebab dia jumpa kulat tu sebelum orang lain jumpa baik dia sapu dulu... terus dia pelahap kulat tu lebih kurang 3.04 saat ja terus dia mutah2 dan pengsan mujoq mak dia nampak dia dah pengsan tengah padang tu...terus bawak dia p hospital 3 hari 4 malam la dia di icu hospital besar Aloq staq..alhamdulilah dia selamat...tp selepas di buat post mortem oleh Jkkk kampung pak ngah Ad rupa2 dia bukan makan kulat tahun tapi jeng jeng jeng kulat taik lembu...hahaa aku tak tau sama ada kulat tu yg beracun atau pun taik lembu yg beracun...jd hati sapa2 yg jumpa kulat tahun dalam masa 3.04 saat ja anda akan jd penghuni icu..

5.Mabuk laut.....mabuk laut aku tak pernah kena jd tak tau macan mana nak cerita....

6.Mabuk bas... dulu kecik2 ada kena siap bawak plastik spare masa naik bas untuk buang kumbahan dari mulut hahaha....pesan aku pada orang yg mabuk bas spare plastik masa nak naik bas dan jgn makan banyak masa nak naik bas..

7. Mabuk kuasa....ha dekat kilang aku mungkin ada kot dua tiga orang...pesan aku dekat org gila kuasa alang2 nak gila kuasa biar la ada kuasa mcm superman ka ironman ka ultraman ka boleh gak tolong tangkap orang jahat...hahaha

8. Mabuk cinta.........pada orang tengah bercinta pasti tau macam mana mabuk cinta.. kalau dah mabuk tu salah pun betoi...macam orang kata kentut pun wangi..jadi pesan aku pada orang yg mabuk cintan cinton ni jngan kepala kena marton sudah hahaha.

jadi pada siapa2 yg ada niat nak mabuk fikir2 kan lah niat anda untuk mabuk.....

1 comment:

Whoelses said...

mcm lagu SPIDER, mabuk!